Utusan Malaysia 06-10-2009 | Kulim ke Kiulu juara Freedom2Talk

Utusan Malaysia - Freedom2talk

PERJUANGAN Nur Hamidi Baharuddin untuk membina asrama untuk pelajar miskin di Sabah hampir menjadi kenyataan apabila beliau diumumkan sebagai juara Chief Talker menerusi peraduan Freedom2Talk baru-baru ini.

Inisiatif Nur Hamidi dan bekas pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Kulim yang menggelarkan diri sebagai 'Killerbatch' itu menerima imbuhan bernilai RM50,000 untuk disalurkan kepada projek kebajikan tersebut.

Dina

makan Kulim ke Kiulu, The Killerbatch menjalankan pelbagai aktiviti termasuk mengadakan persembahan teater bagi mengumpul sejumlah RM250,000 bagi membina asrama untuk pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tun Fuad Stephens di Kiulu, Sabah.

"Gembiranya saya tidak terkata dengan duit kemenangan yang dapat membantu merealisasikan projek kami lengkap dengan kemudahan asas penting untuk pelajar sekolah itu," kata Nur Hamidi.

Kumpulan itu turut mewujudkan laman web www.killerbatch.org yang memberikan laporan terkini mengenai perkembangan projek tersebut.

Selain hadiah wang tunai, Nur Hamidi turut menikmati panggilan percuma selama setahun daripada Tune Talk. Sebagai pemenang mingguan ke-4, beliau juga menerima Baucar E-Gift AirAsia bernilai RM200.

Sementara itu, Nazri Hassan membawa pulang wang tunai RM10,000 dan panggilan percuma Tune Talk selama setahun kerana berjaya mendapatkan pendaftar paling ramai di portal www.freedom2talk.org.

Beliau bersama sembilan pemenang mingguan Freedom2Talk menerima hadiah masing-masing pada majlis berbuka puasa di Restoran Rebung, Bangsar baru-baru ini.

Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif Tune Talk, Jason Lo.

"Nur Hamidi dan rakan-rakan beliau kini mempunyai sedikit dana tambahan untuk membina asrama bagi pelajar-pelajar miskin di kawasan pedalaman Sabah.

"Kami berharap mereka akan terus berjaya dalam perjuangan itu. Program ini merupakan permulaan kepada banyak lagi aktiviti dan ganjaran untuk para pelanggan Tune Talk," kata Jason.

Perkhidmatan prabayar Tune Talk dilancarkan secara rasmi pada 19 Ogos lalu dengan menawarkan kadar rata terendah di pasaran serta pelbagai ganjaran menarik.

Tune Talk mengenakan kadar rata 22 sen seminit untuk panggilan ke mana-mana pengendali telekomunikasi di Malaysia, manakala setiap SMS dikenakan 5 sen. Kadar panggilan antarabangsa (IDD) juga lebih rendah.

Pek SIM Tune Talk dijual pada harga RM5 dengan kredit masa berbual pada nilai sama. Untuk memilih nombor, pelanggan boleh mendaftar sendiri di laman web Tune Talk.

Untuk tambah nilai, pelanggan Tune Talk boleh menggunakan kaedah e-Pay atau baucer tambah nilai di lebih 10,000 pengedar di seluruh negara serta menerusi laman web.